12.12.09

MAKLUMAN PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010


Ruj . Kami : SKSS1.02/10/Jld.2(60)
Tarikh: 13 DISEMBER 2009

Kepada
Ibu bapa/Pejaga
Murid Tahun 1 Sesi 2010,
Sekolah kebangsaan Sri Suria (1)

Tuan / Puan,
KEMASUKAN MURID TAHUN 1 (SATU) 2010
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran Tahun 1 (2010) adalah sebagaimana berikut;

Tarikh   : 28 DISEMBER (ISNIN)
Masa    : 8.30 pagi
Tempat : Di kelas masing-masing.

2. Perkara yang perlu diambil tindakan pada hari pendaftaran ialah ;
2.1 Borang Rekod Peribadi Murid yang telah lengkap diisi (borang akan diposkan)
2.2 salinan fotostat surat beranak (3 salinan)
2.3 gambar ukuran pasport (3 salinan)
2.4 salinan fotostat slip gaji terkini (3 salinan)
2.5 salinan fotostat kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga (3 salinan)

3. Pada hari pendaftaran anak tuan/puan dikehendaki berpakaian seragam sekolah dan anak tuan/puan akan dibekalkan dengan sebuah beg sekolah. Satu ujian tahap penguasaan IQ akan diadakan.Sila bawa peralatan menulis yang diperlukan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

` BERKHIDMAT UNTUK NEGARA `

Saya yang menurut perintah,
PK HEM SK SRI SURIA (1)

No comments:

Post a Comment